Jumaat, 30 April 2021

KENALI DAN CINTAILAH BAHASA MELAYU


         Bahasa bererti lambang-lambang bunyi suara yang digunakan sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia. Sebagaimana bahasa Inggeris, Arab, Mandarin, dan Jerman, setiap bahasa mempunyai jantungnya sendiri yakni tatabahasa, begitu juga bahasa Melayu. Walaupun bahasa Melayu ialah bahasa rasmi negara ini tetapi masyarakat masih memandang ringan terhadap penguasaannya. Masih ramai yang tidak menggunakan bahasa Melayu dengan betul. Dari sekolah rendah lagi, tatabahasa telah dipelajari oleh setiap pelajar.
          Namun sehingga kini masih ramai yang tidak boleh menguasainya dengan baik. Hal ini boleh mencemarkan martabat bahasa Melayu itu sendiri. Untuk mengatasi masalah tersebut, Gerakan Cintailah Bahasa Kita telah dilancarkan pada 11 Disember 1987. Tujuan utamanya adalah untuk menanam sikap suka menggunakan bahasa Melayu baku di kalangan penutur dalam sektor awam, media massa, dan masyarakat umum. Dengan cara ini, orang ramai tidak akan bersikap hangat-hangat tahi ayam sewaktu belajar bahasa Melayu. Cara ini dapat menjamin mutu bahasa Melayu dan seterusnya memberi kejayaan kepada kempen Gerakan Cintailah Bahasa Kita.
         Walaupun mata pelajaran Matematik dan Sains diajar dalam bahasa Inggeris, hal ini tidak sesekali menggugat kedudukan bahasa Melayu. Kita mesti mengenali sesuatu bahasa itu secara mendalam agar dapat melahirkan sikap cinta akan bahasa kebangsaan. Kerajaan seharusnya menghidupkan semula semangat cinta akan bahasa Melayu melalui kempen yang dijalankan secara berterusan. Kita mesti berbangga menggunakan bahasa Melayu kerana bahasa merupakan jiwa bangsa. 

Ahad, 18 April 2021

PESANAN BUAT ORANG MELAYU DI MALAYSIA

Cuba tengok kat bangsa-bangsa lain di negara kita, mereka sayang kat bangsa mereka tak kira apa. Apa berlaku yang silap, salah pun mereka tak benci kat bangsa mereka, kita pula senang-senang tak suka kat bangsa kita sendiri . Kalau orang tu buat baik sebelum ni, kemudian tersilap sikit dan kita benci kat dia, halau dia. Cuba kalau bangsa lain, mereka tak terus benci bangsa mereka, mereka pergi bimbing orang mereka yang buat silap dan kemudian kalau tak suka pun mereka tak heboh pasal keburukan orang tu. Bangsa-bangsa lain di dunia ni pun macam tu, mereka sayang kat bangsa mereka tak kira apa.

Moh le kita sayang kat agama bangsa dan negara kita sendiri NEGARA MALAYSIA. 

Jumaat, 2 April 2021

Tuturlah Bahasa Melayu dengan sebaiknya

Bahasa

Mari kita berbahasa
sebaiknya.

Bahasa adalah pengatur
pucuk fikiran yang bertabur
bahasa adalah pelentur
ranting perasaan yang bersiur.

Dengan bahasa
terlihat fakta padu
terlihat sinar ilmu
terlihat cinta biru.

Dengan bahasa
pemimpin memaparkan arah
di pentas siasah
dengan bahasa
orang beriman menikmati ibadah
khusyuk dan pasrah.

Mari kita berbahasa
sebaiknya.

Dengan bahasa
budi dipertinggi
mesra diperlebar
dengan bahasa
kita menjadi kita
bersama.

Jika tanpa bahasa
bagaimana akan kita setujui
perjanjian ini?

Mari kita berbahasa
sebaiknya.

Rahman Shaari
(Antologi Anak Bumi Tercinta)

TOLONGLAH JANGAN MAKAN BINATANG INI!

Assalamualaikum semua.. Hari ini saya rasa nak luahkan perasaan yang dah lama terpendam di lubuk hati. Mungkin apa yang saya nak sampaikan a...