Ahad, 11 Ogos 2024

TOLONGLAH JANGAN MAKAN BINATANG INI!

Assalamualaikum semua..

Hari ini saya rasa nak luahkan perasaan yang dah lama terpendam di lubuk hati. Mungkin apa yang saya nak sampaikan akan ada yang tidak bersetuju dan juga mungkin ada yang setuju dengan pendapat saya ni. Saya ini boleh dikategorikan sebagai pencinta semua jenis binatang yang ada dalam dunia ini tak kiralah binatang liar, jinak, besar, kecil sama ada berada di darat ataupun laut. Semuanya saya suka dan sayang.

Apa yang saya cuba nak sampaikan ni, apa yang saya perhatikan sekarang, orang kita di Malaysia sekarang ni suka makan daging binatang yang di luar kebiasaan maksudnya di sini daging binatang seperti landak, biawak pasir(dan), burung merpati dan lain-lain lagi. Kalau dulu, daging arnab, belangkas, burung wak wak, rusa, kijang menjadi santapan kebanyakan orang kita(tetapi saya tak pernah dan tak akan sesekali makan).

Kadang-kadang saya terfikir mungkin saya sorang saja kot yang tak makan daging tersebut kerana saya hanya makan daging ayam, lembu, kambing dan ikan. Selain dari itu memang saya TAK AKAN MAKAN! Kenapa kita perlu makan selain dari daging ayam, lembu, kambing dan ikan. Entahlah, setiap kali saya tengok orang yang makan daging arnab ke, landak ke, burung merpati, perasaan marah tu akan timbul dan terdetik dalam hati," tak ada binatang lain ke nak makan". Sampai macam tu sekali perasaan saya.

Kalau boleh, tolonglah jangan makan  binatang- binatang tu. Walaupun binatang tersebut boleh dimakan(tidak ada larangan) tetapi tolonglah tolonglah tolonglah jangan tangkap, jangan beli dan jangan makan. Makanlah ayam, kambing, lembu dan ikan saja, kerana itu sememangnya daging yang menjadi bahan utama dalam masakan-masakan orang kita. Begitu juga, sotong, udang, ketam dan siput, yang ini tak apalah nak makan banyak mana pun kan. 

Ha, dan kalau boleh, banyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan dan kurang-kurangkan makan daging. Ianya lebih menyihatkan dan tidak menggugat ekosistem binatang-binatang di luar sana. Kita orang Malaysia, kalau boleh janganlah makan binatang yang bukan menjadi kebiasaan kita, kita bukanlah terlalu susah sampai terdesak nak makan daging selain dari ayam, kambing, lembu dan ikan. Sama-sama kita lindungi binatang-binatang di Malaysia, jaga habitat mereka dan lindungi mereka agar ekosistem di sekitar kita dapat dipelihara dengan baik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

TOLONGLAH JANGAN MAKAN BINATANG INI!

Assalamualaikum semua.. Hari ini saya rasa nak luahkan perasaan yang dah lama terpendam di lubuk hati. Mungkin apa yang saya nak sampaikan a...