Jumaat, 27 Ogos 2021

CARA ELAK DIRI JADI MANGSA JENAYAH

 

  • Bawa wang sekadar mencukupi untuk membeli-belah.
  • Simpan wang dengan baik bagi mengelakkan penyeluk saku mengintai peluang.
  • Bagi wanita, beg tangan seelok-eloknya dibimbit untuk mengelakkan diragut peragut bermotosikal. Bagi, dompet elok disimpan di dalam kocek berbutang.
  • Jangan biarkan beg tangan diletak di tempat yang mudah dicapai orang lain ketika membeli-belah atau apbila memandu.
  • Pastikan anda mengepit dan membimbit tas tangan dengan kemas ketika berjalan di tempat sibuk.
  • Jangan memakai barang kemas terlalu banyak ketika di tempat awam.
  • Elakkan berjalan di tempat sibuk dan berebut-rebut.
  • Elakkan tertidur semasa menaiki kenderaan awam atau meninggalkan barang kepunyaan tanpa dijaga.
  • Jangan tertipu oleh orang yang tidak dikenali dan cuba berbuat baik dengan anda tanpa sebarang sebab umpamanya bertanyakan alamat dan nama orang.
  • Periksa segera dompet atau beg tangan anda jika dilanggar atau diasak orang lain.
  • Sentiasa berwaspada dengan persekitaran semasa menunggu di perhentian bas dan menjawab telefon atau menjawab sistem pesanan ringkas.

6 SEBAB KENAPA KITA PERLU MELANCONG

Berikut merupakan 6 sebab mengapa melancong boleh membuatkan kita lebih bahagia.


1. Lebih dihargai.

Saat bercuti atau mungkin mengembara, menelefon ke rumah bukan satu kewajipan, namun menjadi sesuatu yang sangat ingin kita lakukan.
Ini disebabkan segala cerita dan pengalaman dilalui dapat dikongsi dengan keluarga. Berada di destinasi percutian seorang diri tanpa keluarga membuatkan kita lebih menghargai mereka.

2. Detoks daripada media sosial.

Media sosial boleh memberi pengaruh baik dan buruk kepada kita. Namun, ada masanya seseorang perlu beristirehat daripada internet sejenak.
Ketika dalam perjalanan, kita boleh lupakan sejenak media sosial kerana terlalu asyik dengan pemandangan dan pengalaman yang tersaji di depan mata.

3. Mendapat waktu untuk diri sendiri.

Bercuti memberi ruang kepada kita untuk bernafas. Memilih detik untuk merasai kedamaian dan ketenangan dalam perjalanan dapat melepaskan tekanan yang dialami.

4. Menjadikan peribadi lebih menarik.

Melancong memberikan banyak pengalaman lucu, aneh dan kadang-kadang serius yang dekat dengan kehidupan ramai orang. Menceritakan pengalaman itu boleh membuatkan kita lebih menarik. Membuat orang tertawa meningkatkan sikap percaya diri, jadi ceritakanlah pengalaman melancong anda kepada mereka!

5. Pengalaman baru.

Bagi sesetengah orang, melancong berguna untuk mencari pengalaman baru. Ia juga mengingatkan kembali saat-saat membahagiakan sepanjang bercuti walaupun ia sudah lama berlalu.

6. Melancong meningggalkan kenangan terindah.

Melancong tidak hanya memberikan kesan dalam jangka pendek tetapi juga membuatkan kita lebih puas, bahagia dan santai dalam waktu yang panjang.
Apabila sudah sampai di rumah, pengalaman bercuti meninggalkan banyak kenangan dan meningkatkan kemampuan seperti percaya diri, wawasan lebih meluas, cara pandangan berbeza dan bertemu dengan kawan sekaligus membuatkan kita lebih bahagia. 

Ahad, 22 Ogos 2021

TIPS UNTUK BERJIMAT DI RUMAH

  1. Gunakan kain untuk mengelap meja dapur dan tempat bekerja. Elakkan daripada menggunakan tisu kerana ianya tidak boleh digunakan semula serta menyumbang kepada penambahan sisa buangan domestik.
  2. Guna semula bekas kaca dan plastik sebagai tempat menyimpan barang. Ini akan mengelakkan pengguna dari perlu membeli bekas baru untuk menyimpan barangan serta dapat membantu untuk berjimat.
  3. Guna semula beg plastik membeli belah sewaktu keluar untuk membeli barangan. Cara ini dapat mengurangkan penggunaan beg plastik kerana ianya sukar untuk dilupuskan.
  4. Gunakan kuali memasak yang sesuai saiznya dan tutup periuk semasa memasak bagi menjimatkan tenaga. Penggunaan periuk tekanan dan pengukus adalah lebih baik dan menjimatkan tenaga sehingga 70% serta makanan yang dimasak juga adalah sihat.
  5. Kumpulkan kertas/surat khabar yang tidak digunakan dan hantar ke pusat kitar semula.
  6. Jadikan bahan buangan organik sebagai baja kompos yang tinggi nutriennya. Hentikan penggunaan racun serangga perosak.Tanam tananam seperti pudina yang berfungsi sebagai penghindar serangan serangga perosak.
  7. Membasuh kereta dengan menggunakan paip semburan amat membazirkan. Gunakan air yang diisi ke dalam baldi untuk mencuci kereta.
  8. Gunakan mesin basuh pakaian apabila muatannya penuh. Air bilasan cucian boleh dikumpulkan semula dan digunakan untuk mencuci tandas serta longkang sekitar kawasan rumah.
  9. Gunakan mesin basuh pakaian yang jimat tenaga. Sebelum membeli mesin basuh pakaian, baca label kecekapan penjimatan tenaga mesin tersebut. Dengan memilih mesin basuh yang tinggi penjimatan tenaganya, penggunaan air dan elektrik dapat dikurangkan sehingga 50%.
  10. Kawal kadar aliran air apabila menggunakan paip. Aliran air yang rendah boleh mengurangkan antara 25% hingga 50% penggunaan air.
  11. Gunakan pancuran untuk mandi dan elakkan mandi dengan menggunakan air takungan. Mandi menggunakan pancuran dapat menjimatkan penggunaan air sebanyak 4 kali ganda.
  12. Pasangkan sistem dua curahan pada tandas. Jika dibandingkan dengan sistem satu curahan, sistem dua curahan dapat mengurangkan penggunaan air sebanyak 50%.
  13. Semasa memberus gigi, gunakan air yang diisi di dalam bekas dan jangan biarkan air mengalir berterusan.
  14. Isikan air ke dalam sinki untuk mencuci sayuran atau membasuh pinggan mangkuk. Ia menjimatkan 15 kali penggunaan air berbanding membasuh di bawah paip air yang mengalir berterusan.
  15. Gunakan peralatan elektrik yang jimat tenaga. Padam dan buka plak elektrik selepas menggunakannya. Peralatan elektik seperti televisyen yang digunakan selama 3 jam sehari dan selebihnya dibiarkan dalam keadaan "standby mode" selama 21 jam akan menggunakan sehingga 40% tenaga dalam keadaan "standby mode".
  16. Jimatkan tenaga dan lindungi penglihatan daripada rosak dengan mengurangkan kadar keamatan cahaya skrin televisyen. Apabila kadar keamatan cahaya skrin televisyen terlalu tinggi, lebih banyak tenaga diperlukan dan jangka hayat televisyen juga akan berkurang.
  17. Gantikan mentol bercahaya pijar biasa dengan mentol berpendaflour padat(CFL). Mentor berpendaflour padat dapat menjimatkan sehingga 60% tenaga berbanding mentol bercahaya pijar.
  18. Gunakan peti sejuk sebaiknya untuk menjimatkan tenaga. Nyah beku secara berkala dan elakkan membuka peti sejuk dengan kerap.
  19. Gunakan pemanas air berkuasa solar untuk menjimatkan tenaga elektrik dan gas.
  20. Gunakan langsir atau bidai berwarna putih untuk memantulkan haba dan mengurangkan pemanasan. Penggunaan pendingin hawa menyumbang kepada pemanasan global.
  21. Jemur pakaian di bawah cahaya matahari daripada menggunakan mesin pengering. Ia dapat mengurangkan tenaga yang diperlukan oleh mesin pembasuh untuk mengeringkan pakaian dan menjimatkan sebanyak 700 paun karbon dioksida dalam tempoh 6 bulan.
  22. Berbasikal atau berjalan kaki ke kedai atau kawasan berdekatan. Amalan ini 100% mesra alam dan menyihatkan tubuh badan.
  23. Sokong dan bantu program kitar semula. Kitar semula barang buangan sebanyak mungkin.
Selamat mencuba! :-)

Selasa, 17 Ogos 2021

PANDUAN MUDAH DI DAPUR

  1. Masukkan makanan dalam kotak, bekas kaca atau plastik telus. Menyimpan makanan dalam bekas telus memudahkan kita melihat keadaan makanan itu hampir habis dan perlu dibeli baru.
  2. Susun botol rempah yang berlabel mengikut susunan abjad.
  3. Pilih bekas berbentuk empat segi berbanding bujur atau bulat. Anda boleh mengambil ruang penyimpanan yang banyak jika menggunakan bekas bujur dan bulat.
  4. Bandingkan kaedah susunan menyimpan barangan seperti biskut dan papan pemotong. Susunkan secara menegak atau melintang kerana ini lebih menarik berbanding meletakkan begitu saja di kaunter.
  5. Senaraikan barang keperluan dapur yang perlu dibeli dan gunakan pelekat bermagnet di peti sejuk. Ia memudahkan ahli keluarga menulis barangan keperluan lain.
  6. Gunakan kertas khas atau kertas minyak untuk makanan yang mudah melekat pada bekas pembakar. Anda tidak mengambil masa yang lama atau kerap ketika membasuhnya.
  7. Simpan semua jenis serbuk atau larutan pencuci dan sarung tangan dalam kabinet yang terletak atas singki kerana tidak perlu kerap membongkok untuk mengambil barangan berkenaan.
Panduan memastikan sayur-sayuran sentiasa segar.

  1. Elak mencuci sayur-sayuran sebelum disimpan. Bagi mengelakkan ia mudah busuk atau layu. Sebaiknya cuci ketika hendak memasaknya.
  2. Ketika menyimpan lobak, potong bahagian yang berdaun supaya tidak cepat busuk.
  3. Selepas sayur dipotong, jangan dibiarkan terlalu lama kerana boleh mengurangkan kandungan vitamin. Masaklah secepat mungkin.
  4. Masukkan sayur hijau dalam bekas tanpa tutup supaya warnanya mampu bertahan atau perah sedikit limau nipis ke dalamnya.
Selamat mencuba! :-)

TOLONGLAH JANGAN MAKAN BINATANG INI!

Assalamualaikum semua.. Hari ini saya rasa nak luahkan perasaan yang dah lama terpendam di lubuk hati. Mungkin apa yang saya nak sampaikan a...