Jumaat, 8 Januari 2021

Mutiara Kata Positif (Malaysia)

• Jangan berada ditahap yang sama sampai bila², perbaiki diri sendiri.

• Saya sentiasa belajar daripada kesilapan yang telah saya lakukan.

• Rahsia kejayaan - USAHA, USAHA dan terus BERJAYA.

• Orang yang hebat akan membuatkan orang lain merasa hebat, tetapi orang yang kecil akan suka mengecil-ngecilkan orang lain.

• Kejayaan datang melalui kesabaran. Kesenangan datang bersama kesukaran dan dengan kesukaran datangnya kemudahan.

Sabtu, 2 Januari 2021

Punca Kemunduran Orang Melayu

Dr. Imam Munawwir telah mengariskan beberapa gejala yang membawa kepada kemunduran masyarakat Islam.

1. Kemunduran itu terjadi akibat daripada sikap umat Islam yang terlalu konservatif atau dengan kata lain merasa cukup dan selesa dengan apa yang mereka nikmati kini. Mereka bersikap pasif atau malas untuk bertindak secara rasional dalam menyelesaikan setiap permasalahan yang dihadapi. Mereka lebih cenderung untuk mempertahankan peraturan-peraturan yang sedia ada walaupun berdasarkan kepada susunan dan corak fikir yang sudah tidak sesuai lagi dengan zaman moden dengan alasan deduksi pengalaman masyarakat Islam harus berpijak di atas tradisi yang berusia hampir 1400 tahun yang lalu.

2. Kecenderungan golongan cendiakawan Melayu yang buta atau anti agama. Golongan ini banyak memperolehi pengetahuan bercorak kebaratan dan tidak memahami sama sekali tentang falsafah dan tasawwur Islam. 

3  Peniruan yang melampau kepada segala pola kehidupan Barat. Kecemerlangan teknologi moden yang dipelopori oleh Barat telah menimbulkan minat untuk mengikuti prinsip hidup dan sistem sosial ala Barat, yang akibatnya membawa pengaruh dalam hidup dan kehidupan yang cukup luas di kalangan masyarakat Islam. Maka akibatnya berlaku kehancuran moral dan nilai bangsa serta penentangan terhadap segala batas dan ikatan, baik akhlak mahupun agama.

4. Timbulnya perpecahan di kalangan umat Islam yang ketara seolah-olah akal waras mereka telah hilang. Perbezaan kaum dan etnik telah membentuk suatu jurang yang besar di dalam kehidupan umat Islam. Kelemahan ini telah digunakan sepenuhnya oleh kolonial Barat untuk memperkotak-katikan umat Islam berdasarkan suku, keturunan, kedudukan dan kekayaan sehingga ikatan agama menjadi retak dan lebur. 

5. Kassim Ahmad menyatakan kemunduran itu berpunca daripada kelemahan ekonomi umat Islam.

6. Majalah al- Manar pula menegaskan bahawa ianya berpunca dari corak pemikiran yang sempit, katanya;

“Pemikiran merupakan asas terpenting dalam kehidupan sesuatu bangsa. Ia bukti kepada kesuburan dan kemajuan atau kebekuan dan kemunduran bangsa. Bangsa yang tinggi nilai pemikiran memperlihatkan kesedaran dan tindakan politik yang tinggi dan matang, kedudukan ekonomi yang cemerlang dan kehidupan kemasyarakatan yang bertamadun. Sebaliknya negara yang rendah pemikirannya memperlihatkan kemunduran dalam semua bidang”.

Jalan Keselamatan Bagi Orang Melayu

Dalam menghadapi cabaran dan saingan dengan bangsa lain, pendeta Za'ba menganjurkan sembilan cadangan seperti berikut;

1. Penubuhan badan untuk mengumpul wang dan dana bagi mengadakan bantuan kewangan pelajar Melayu yang miskin.

2. Menyediakan peluang supaya pemuda pemudi Melayu belajar bidang vokasional dan teknikal.

3. Mengadakan biasiswa bagi pelajar² Melayu yang cemerlang untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara.

4. Menubuhkan persatuan² penulis dan badan² sukarela untuk menggerakkan kegiatan² keilmuan dan kemasyarakatan.

5. Mengadakan perpustakaan yang mengandungi berbagai² bahan bacaan seperti buku² ilmiah, karya² agung dan buku² sejarah tamadun bangsa lain.

6. Menganjurkan persidangan, seminar, diskusi dan dialog terhadap sesuatu isu dan tema tentang ilmu pengetahuan.

7. Mengusahakan projek² penterjemahan dari bahasa Inggeris dan bahasa² lain ke dalam bahasa Melayu untuk menambahkan ilmu pengetahuan.

8. Melancarkan hadiah atau anugerah kepada para penulis dan pengarang yang prolifik dalam berbagai-bagai ilmu pengetahuan.

9. Menggalakkan rakyat untuk mengambil bahagian dalam koperasi atau "syarikat bekerjasama" yang ditubuhkan merata-rata tempat.

Koleksi Mutiara Kata (Malaysia)

• Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Hidup terlalu singkat jika hanya untuk mengeluh. Berusaha, percaya diri dan berdoa.

• Hidup ini singkat sahaja, tiada guna menyombong diri dan membangga diri, akhirnya ke tanah jua kita.

• Ramai di antara kita yang suka menegur, menasihati dan mengkritik. Namun tak ramai yang tahu cara yang betul menyebabkan teguran itu tidak dapat diterima dengan baik.

• Untuk hidup kita perlu berjuang dan bukannya memberontak, tetapi kadangkala kita perlu menjadi pejuang yang memberontak, namun jangan sesekali menjadi pemberontak yang berjuang.

• Bersyukurlah saat diuji kerana dengan ujian kita boleh mengenal diri sendiri.

• Yang paling mudah dalam dunia ini ialah menyalahkan orang lain dan yang paling sulit ialah menilik kesalahan sendiri dan bermuhasabah diri.

• Kita diajar mengenai kebenaran kerana adanya kesilapan tetapi jangan ulangi kesilapan yang sama berulang-ulang kali. Kesilapan yang sama membuktikan kita tidak belajar apa-apa pun.

• Jika kita kalah, jangan kecewa dan sedih kerana ia bukan bermakna kita sudah tewas. Jika kita fokus pada segala usaha yang telah kita curahkan dan semangat ketika melakukannya, kekalahan dapat ditukar menjadi pengajaran buat kita.

• Memberi contoh dengan perbuatan adalah lebih baik daripada memberi contoh dengan perkataan.

• Jangan terlalu memandang tinggi kepada orang lain sehingga memandang rendah kepada diri sendiri.

• Ujian dan musibah adalah rencah kehidupan, beruntunglah mereka yang berjaya menghadapinya dengan kesabaran.

• Belajarlah menghormati jika kita mahu diri dihormati dan disegani orang lain.

• Kejayaan itu lambat dan sukar diperoleh namun kejatuhan dan kerugian mudah terjadi.

• Jika inginkan sebuah kejayaan, jangan memikirkan akan kegagalan.

• Positif dalam berfikir boleh membantu kita menghadapi apa juga cabaran kehidupan yang mendatang dan terhindar dari perasaan takut dan kegagalan.

• Jika ada keikhlasan dan kejujuran dalam kritikan yang diberi, kita sepatutnya bersyukur bukan bersedih hati.

• Kesalahan terbesar yang pernah kita lakukan adalah tidak belajar dari kesalahan kita di masa lalu.

• Kesilapan yang besar sekali ialah takut untuk mencuba.

• Dalam setiap perkara yang kita buat perlulah ikhlas dan jujur. Barulah rezeki itu berkat.

• Manusia yang baik dan terpuji ialah mereka yang berani mengaku kesalahannya.

TOLONGLAH JANGAN MAKAN BINATANG INI!

Assalamualaikum semua.. Hari ini saya rasa nak luahkan perasaan yang dah lama terpendam di lubuk hati. Mungkin apa yang saya nak sampaikan a...