Sabtu, 2 Januari 2021

Punca Kemunduran Orang Melayu

Dr. Imam Munawwir telah mengariskan beberapa gejala yang membawa kepada kemunduran masyarakat Islam.

1. Kemunduran itu terjadi akibat daripada sikap umat Islam yang terlalu konservatif atau dengan kata lain merasa cukup dan selesa dengan apa yang mereka nikmati kini. Mereka bersikap pasif atau malas untuk bertindak secara rasional dalam menyelesaikan setiap permasalahan yang dihadapi. Mereka lebih cenderung untuk mempertahankan peraturan-peraturan yang sedia ada walaupun berdasarkan kepada susunan dan corak fikir yang sudah tidak sesuai lagi dengan zaman moden dengan alasan deduksi pengalaman masyarakat Islam harus berpijak di atas tradisi yang berusia hampir 1400 tahun yang lalu.

2. Kecenderungan golongan cendiakawan Melayu yang buta atau anti agama. Golongan ini banyak memperolehi pengetahuan bercorak kebaratan dan tidak memahami sama sekali tentang falsafah dan tasawwur Islam. 

3  Peniruan yang melampau kepada segala pola kehidupan Barat. Kecemerlangan teknologi moden yang dipelopori oleh Barat telah menimbulkan minat untuk mengikuti prinsip hidup dan sistem sosial ala Barat, yang akibatnya membawa pengaruh dalam hidup dan kehidupan yang cukup luas di kalangan masyarakat Islam. Maka akibatnya berlaku kehancuran moral dan nilai bangsa serta penentangan terhadap segala batas dan ikatan, baik akhlak mahupun agama.

4. Timbulnya perpecahan di kalangan umat Islam yang ketara seolah-olah akal waras mereka telah hilang. Perbezaan kaum dan etnik telah membentuk suatu jurang yang besar di dalam kehidupan umat Islam. Kelemahan ini telah digunakan sepenuhnya oleh kolonial Barat untuk memperkotak-katikan umat Islam berdasarkan suku, keturunan, kedudukan dan kekayaan sehingga ikatan agama menjadi retak dan lebur. 

5. Kassim Ahmad menyatakan kemunduran itu berpunca daripada kelemahan ekonomi umat Islam.

6. Majalah al- Manar pula menegaskan bahawa ianya berpunca dari corak pemikiran yang sempit, katanya;

“Pemikiran merupakan asas terpenting dalam kehidupan sesuatu bangsa. Ia bukti kepada kesuburan dan kemajuan atau kebekuan dan kemunduran bangsa. Bangsa yang tinggi nilai pemikiran memperlihatkan kesedaran dan tindakan politik yang tinggi dan matang, kedudukan ekonomi yang cemerlang dan kehidupan kemasyarakatan yang bertamadun. Sebaliknya negara yang rendah pemikirannya memperlihatkan kemunduran dalam semua bidang”.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

TOLONGLAH JANGAN MAKAN BINATANG INI!

Assalamualaikum semua.. Hari ini saya rasa nak luahkan perasaan yang dah lama terpendam di lubuk hati. Mungkin apa yang saya nak sampaikan a...