- Masukkan makanan dalam kotak, bekas kaca atau plastik telus. Menyimpan makanan dalam bekas telus memudahkan kita melihat keadaan makanan itu hampir habis dan perlu dibeli baru.
- Susun botol rempah yang berlabel mengikut susunan abjad.
- Pilih bekas berbentuk empat segi berbanding bujur atau bulat. Anda boleh mengambil ruang penyimpanan yang banyak jika menggunakan bekas bujur dan bulat.
- Bandingkan kaedah susunan menyimpan barangan seperti biskut dan papan pemotong. Susunkan secara menegak atau melintang kerana ini lebih menarik berbanding meletakkan begitu saja di kaunter.
- Senaraikan barang keperluan dapur yang perlu dibeli dan gunakan pelekat bermagnet di peti sejuk. Ia memudahkan ahli keluarga menulis barangan keperluan lain.
- Gunakan kertas khas atau kertas minyak untuk makanan yang mudah melekat pada bekas pembakar. Anda tidak mengambil masa yang lama atau kerap ketika membasuhnya.
- Simpan semua jenis serbuk atau larutan pencuci dan sarung tangan dalam kabinet yang terletak atas singki kerana tidak perlu kerap membongkok untuk mengambil barangan berkenaan.
Panduan memastikan sayur-sayuran sentiasa segar.
- Elak mencuci sayur-sayuran sebelum disimpan. Bagi mengelakkan ia mudah busuk atau layu. Sebaiknya cuci ketika hendak memasaknya.
- Ketika menyimpan lobak, potong bahagian yang berdaun supaya tidak cepat busuk.
- Selepas sayur dipotong, jangan dibiarkan terlalu lama kerana boleh mengurangkan kandungan vitamin. Masaklah secepat mungkin.
- Masukkan sayur hijau dalam bekas tanpa tutup supaya warnanya mampu bertahan atau perah sedikit limau nipis ke dalamnya.
Selamat mencuba! :-)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan